Description

Laksa Sarawak adalah sebuah variasi hidangan laksa yang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan untuk sarapan pagi di negeri Sarawak. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan. Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu.